Pengedar Shaklee Taman Putri Kulaijaya Johor Bahru

21:30 0 Comments A+ a-

Assalammualaikum dan salam sejahtera .



Hai semua !!

Nama saya Aini Rasidda Norazmi .Saya merupakan pengedar Shaklee di seluruh kawasan Malaysia secara COD dan juga melalui penghantaran pos.Saya merupakan anak kedua daripada 4 beradik dan dibesarkan oleh raja dan ratu hati saya iaitu Encik Norazmi bin Mohamed Esa dan Puan Mastipah Binti Hamdan. Kini, saya menetap di Kulajaya ,Johor Bahru.


                                                     


Pertama sekali , saya ingin berkongsi bersama anda ketika pertama kali saya jatuh cinta dan jatuh hati dengan Shaklee iaitu pada Oktober 2015. Ketika itu , saya cuma mengambil Vitamin B dan Vitamin C untuk mengatasi masalah letih dan badan lesu. Tak sangka pula tu memang berkesan !!!! Terus saya sign up menjadi ahli dan bercadang ingin memulakan bisnes bersama Shaklee.Saya nak orang lain juga rasa faedah dan kebaikan Shaklee yang saya sendiri rasa.:)

Saya memiliki ramai pengguna Shaklee yang sangat berpuas hati dan suka akan servis yang saya berikan dari mula konsultasi hinggalah ke servis penghantaran .Anda bila lagi?
Inilah masa anda untuk memulakan bisnes sampingan dari rumah !!


Jana Sampingan Dengan Hujung Jari

Tak kiralah walau anda berada di mana sekalipun , bisnes anda tetap berjalan . Customer akan selalu WhatsApp anda .Asalkan ada internet dan smartphone , tiada apa lagilah yang mustahil ! Tengah tunggu ayam garing dekat dapur pun boleh close sale tau dengan customer .Mudah bukan ?

Kenapa Shaklee tiada sebarang iklan di kaca televisyen ? Banner atau radio ?

Shaklee tiada model sehot Nora Danish , secantik Maya Karin atau sesado Fahrin Ahmad untuk promotekan produk Shaklee pada pengguna di luar sana. Shaklee sangat menghargai kesungguhan dan keprihatin pelanggannya . Kita bertuah tau sebagai pengguna Shaklee ,kitalah model kitalah manager .Ini kan bisnes kita !

Jadi , kalau anda berminat hendak menjana bisnes sebanyak 2 angka , 3 angka , 4 angka malah 6 angka sekalipun , anda mampu ! MARI JOIN GROUP SAYA ! Saya akan train anda sampai anda berjaya !

Saya kena keluarkan modal RM 10000 ke untuk join ahli ?

Oh tidak tidak dan tidak !

Hanya dengan mendaftar sebanyak RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah dan Sarawak) anda sudah boleh menjalankan bisnes on the go anda ini ! Tak perlu keluarkan modal sampai beribu ribuan ringgit hanya untuk membeli stok Shaklee kerana semua produk Shaklee semuanya dibawah pengurusan Shaklee .

Lainlah kalau anda hendak membeli stok untuk memudahkan urusan COD anda bersama pelanggan tercinta .Itupun tak sampai mencecah ribuan ringgit tau !! Tak perlu sampai buat pinjaman :)

Kelas kami adalah 'fleksibel'.Semuanya di hujung jari sahaja . Masa saya sendiri pun terhad juga sebagai seorang pelajar .Jadi , hendak menghadiri kelas kelas anjuran Shaklee memang terbatas ,tapi dengan adanya internet ,semua boleh jadi tau !! Webinar ke , video video ireach semua boleh jadi kelas untuk saya :)

Sama seperti saya , saya memang mula dari KOSONG lagi ! Jadi anda tak perlu risau langsung ya ! Sebab itu penting ada mentor atau kami panggi sebagai upline.Upline inilah ibu , mak dan jurulatih anda dalam memulakan empayar Shaklee ni tau !

Kenapa anda perlu sertai group saya ?

Saya tidak memaksa anda .Tapi , saya cuma inginkan anda merasai kelebihan dan faedah yang telah saya dan kawan kawan Shaklee yang lain rasa ! Hidup ini kan terlalu singkat ,jadi sama samalah kita sebarkan kasih sayang dan kebaikan bersama manusia lain .

Sekiranya , anda ingin menjana pendapatan sampingan tanpa perlu untuk meninggalkan rumah sehingga lewat malam , Shaklee lah jawapan yang anda cari selama ini . Saya amat berbesar hati untuk membantu anda merealisasikan impian anda:)

Langkah Seterusnya

Setelah anda menjadi ahi di bawah empayar kami , anda akan dimasukkan ke dalam satu group kami yang bernama BONDA E_DAGANG. Inilah yang membuatkan kami istimewa , segala INFO dan MAKLUMAT yang berguna kami akan kongsikan di sini untuk panduan anda semua.

Saya BERMINAT ,tetapi bagaimana saya hendak mendaftar ??

Anda boleh mendaftar dengan dua cara iaitu :

Anda pergi ke mana mana cawangan Shaklee yang berdekatan dengan kawasan rumah anda dan anda gunakan ID Shaklee saya :1215627 ( Mastipah Binti Hamdan )(nama ibu saya) untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee.Minta borang di kaunter dan isikan butirannya.

Atau anda boleh berikan details anda kepada saya dan saya akan uruskan pendaftaran anda secara online dari A hingga Z.

#UIAPJ
#PetalingJaya
#VivixShaklee
#CollagenShaklee