Tips Berbuka Puasa Secara Sihat Agar Tidak Menganggu Keselesaan Perut

07:48 0 Comments A+ a-

Tiba di Bulan Ramadhan ini, mulalah setiap petang akan ada bazar yang dibuka. Rata rata masyarakat Malaysia memang akan membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan dan tak asing lagi apabila kebanyakkan daripada mereka membeli mengikut hawa nafsu dan keinginan masing masing.Menu yang sihat ketika berbuka puasa amat penting untuk kesihatan perut dan tubuh badan kita.



Tanpa cara berbuka yang betul dan sihat, seseorang lebih mudah untuk mendapat masalah gastrik di bulan puasa namun begitu, hal ini boleh diatasi dengan Tips Mudah Untuk Mencegah Gastrik Terutamanya Ketika Di Bulan Puasa. Dan dengan itu, izinkan cik genius untuk berkongsi beberapa kesalahan yang kerap dilakukan ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan.

  • Berbuka Dengan Air Manis boleh menyebabkan tekak semakin haus dan badan mengalami dehidrasi. Kita disarankan untuk berbuka dengan segelas air masak dan juga beberapa biji kurma.Kurma memiliki kandungan potassium dan magnesium yang cukup untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan kita khususnya untuk menunaikan ibadah tarawih.

  • Minum Air Masak Dengan Sekali Teguk. Jangan tidak tahu, cik genius selalu mengamalkan kesalahan ini suatu ketika dahulu. Namun, ianya seringkali membuatkan perut berasa tidak sedap dan selesa.Hal ini disebabkan isyarat yang diterima oleh perut mengatakan ianya telah menerima makanan, maka perut menghasilkan asid yang berfungsi untuk mencerna makanan.Sedangkan, hakikatnya, ianya bukan makanan yang telah masuk ke perut , cumalah segelas air sahaja.

  • Makan Bagai Tiada Esoknya. Sesetengah orang makan memang berpinggan pinggan sekali makan sewaktu berbuka. Ada yang siap lepas makan nasi, terus makan kuih pula. Tak masuk lagi kalau ada cendol ke, ada mee ke, rojak ke.Akhirnya,belum maghrib lagi dah terbongkang.

  • Mengambil Makanan Yang Memberi Iritasi Pada Kulit Perut. Makanan yang berasid, pedas, dan masam menyebabkan perut menjadi lagi pedih dan tidak selesa. Sebaiknya berbuka dengan sesuatu yang ringan seperti sup ayam, sayur sayuran dan buah buahan seperti pisang, brokoli dan juga epal.

Cadangan Set Shaklee Untuk Berbuka Puasa



  • Performance Drink Shaklee- Membantu untuk menyeimbangkan elektrolit di dalam badan dan juga membantu untuk mengatasi masalah dehidrasi terutamanya dalam bulan Ramadhan.
  • ESP Shaklee- ESP ini kebiasaannya dicadangkan untuk diambil ketika waktu sahur kerana kandungan indeks glisemiknya yang rendah membantu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mengelakkan masalah kencing manis.
  • Meal Shake Shaklee-Minuman berperisa vanilla yang memberikan sumber vitamin yang mencukupi untuk keperluan badan kita dan membantu untuk melengkapkan sumber nutrien yang hilang sewaktu berpuasa.
Lihat video ini bagaimana beliau mampu mengatasi masalah letih dan lesu ketika bulan puasa. Tak semestinya ibu hamil akan kelihatan lembik lagi lagi di bulan Ramadhan . Play video ini untuk tahu akan rahsia beliau!



Menarik bukan ? Mari kita jadikan puasa di bulan Ramadhan ini sebagai suatu nikmat yang perlu sentiasa kita hargai. Hubungi cik genius untuk mendapatkan Set Berbuka Puasa yang anda harus ada di rumah untuk kesihatan seisi keluarga.