Inilah 3 Bahan Semulajadi Yang Mudah Didapati Untuk Mengatasi Masalah Kencing Manis

09:13 0 Comments A+ a-

Masalah kencing manis sudah tidak asing lagi dengan masyarakat Malaysia dengan zaman kini. Gaya hidup yang kurang aktif, tabiat merokok dan juga pemakanan yang tidak sihat juga menjadi penyumbang utama kepada masalah diabetes di negara kita.


Pelbagai alternatif boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini sama ada cara moden mahupun tradisional . Ianya terpulang kepada anda untuk menentukan rawatan untuk merawat masalah diabetes ini. Selagi boleh dielakkan , lakukanlah pelbagai cara untuk mengelakkan dari dibelenggu oleh masalah kencing manis yang boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang berbahaya untuk tubuh badan anda.


Mengikut keratan akhbar di atas, dijangkakan oleh Persekutuan  Diabetes Antarabangsa,seramai setengah bilion dari penduduk muka bumi ini bakal mengalami masalah diabetes pada tahun 2030 .
Namun, anda masih boleh mengelakkan masalah ini dari menghantui hidup anda dengan menjaga pemakanan, mengamalkan diet yang sihat dan juga membuang tabiat merokok yang tidak elok. Untuk mereka yang sedang mengalami masalah kencing manis ini, usahlah berputus asa, masih ada cara untuk anda mengatasi masalah kencing manis ini secara tradisional.

Mengatasi Masalah Kencing Manis Secara Tradisional




  • Lidah Buaya
Dikatakan getah daun lidah buaya ini biasanya digunakan untuk membuat jus, kapsul dan juga barangan penjagaan gigi seperti ubat gigi dan pencuci mulut. Lidah buaya ini berfungsi untuk mengurangkan bengkak dan juga membantu untuk menyembuhkan luka yang lambat sembuh yang juga merupakan salah satu komplikasi masalah kencing manis .Malah, ia juga membantu untuk menurunkan paras lemak di dalam darah dan membantu mengatasi penyakit berkaitan dengan hati.



  • Kayu Manis
Berdasarkan kajian di dalam Diabetes Care Journal tahun 2203, kayu manis dikatakan dapat membantu untuk memperbaiki dan mengawal paras glukosa di dalam darah dan juga mengurngkan simptom berkaitan penyakit kardiovaskular seperti masalah kolestrol dan juga masalah sakit jantung.

Selain itu, ia juga turut membantu untuk meningkatkan tahap kepekaan dan sensitiviti insulin terhadap glukosa dan juga membantu untuk mengurangkan tahap kolestrol yang berbahaya di dalam badan.

  • Halia
Halia ini sering digunakan sebagai bahan masakan dan juga bertindak sebagai bahan untuk memanaskan badan . Untuk membantu masalah kencing manis, halia dikatakan dapat membantu untuk meningkatkan kadar penghasilan insulin-sejenis enzim yang berfungsi untuk menukarkan glukosa kepada glikogen.

Buat pengetahuan anda semua, halia merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki indeks glismemik yang sangat rendah dan ianya sangat membantu untuk masalah kencing manis. Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk memecahkan makanan ke dalam bentuk glukosa dan kadar insulin yang dihasilkan akan lebih menurun .

Namun begitu, masih ada cara yang lain untuk anda atasi masalah kencing manis anda . Bukanlah niat saya ingin menyarankan anda untuk tidak melakukan sebarang rawatan di hospital . Tidak tidak tidak ! Cuma cadangan saya, saya ingin nasihatkan anda , adalah lebih baik anda mencegah daripada merawat dan mengubati . Mungkin lebih banyak wang anda yang akan dapat anda jimatkan !

Supplemen Yang Dapat Membantu Mengurangkan Paras Glukosa Di Dalam Darah