Jangan Baca Kalau Nak Kulit Anda Terus Rosak !

06:07 0 Comments A+ a-

Kulit manusia ni ada macam macam jenis dan karakternya .Ha , jangan sampai tak tahu kulit manusia pun ada kelas kelas yang tersendiri tau .Siap ada yang kata dekat saya lagi ,penting ke tahu jenis kulit muka ni ?Bantai sajalah pakai produk yang ada tu kalau muka elok je . Tidak tidak tidak !


Ramai yang ingat kalau pakai produk tu muka elok , cantik glowing glowing tu maknanya produk itu sesuai dengan muka anda .Salah tu ya akak akak semua !! Produk yang bagus biasanya akan mengambil masa antara 4-8 minggu .Kalau produk yang menjanjikan 3 hari dah putih ,dah flawless ,lupakan ! Lainlah cerita kalau anda nak kulit anda menggerutu 4 atau 5 tahun akan datang .



Sekarang ini cuba kita sama sama tengok jenis kulit yang manakah kita.Dah tahu keadaan kulit macam mana ,ciri ciri dia apa ,barulah senang nak belai dan manjakan .

Jenis-jenis Kulit Muka

Kulit Normal

Rata rata wanita Thailand dan Filipina memang memiliki kulit wajah yang agak normal di mana ianya tidaklah terlalu berminyak atau kering .Hanya biasa biasa sahaja tanpa ada sebarang masalah kulit yang serius.

Kebiasaannya , wanita yang memiliki kulit wajah yang agak normal ini memiliki kawasan T zone yang agak berminyak tetapi masih lagi terkawal .Kawasan T Zone kalau masih ada yang tak tahu ,ianya terdiri daripada hidung , dahi dan juga dagu.

Kulit Kering

Wanita yang memiliki masalah kulit kering ini biasanya akan kelihatan lebih berusia berbanding umur yang sebenar .Ini kerana kulit wajah yang kering biasanya akan kelihatan rapuh dan mudah berkedut ,malah teksturnya juga akan terasa lebih kasar.

Macam mana kulit boleh kering ya ?Haa , soalan ni selalu ditanyakan kepada saya .Kalau anda nak tahu , macam ni , sebum di wajah kita memang akan dihasilkan setiap masa untuk memastikan kelembapan kulit namun begitu apabila kulit kita menghasilkan jumlah sebum yang sedikit sahaja , ini akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering .

Yang bahayanya lagi , kulit kering ni dia mudah nak terkopek atau mengelupas sebabnya ia tak kuat dalam erti kata lain ianya sangat rapuh .Bayangkan kulit kita ni macam pokok . Kurang airnya , mudah lah ia kering dan layu.Tak gitu ?

Kulit Berminyak

Haa , saya sendiri kategori kulit berminyak .Kenapa kulit kita boleh jadi berminyak ?Ini semua kerana sebum di wajah kita dihasilkan secara berlebihan dan proses ini juga dikenali sebagai seborrhea.Bila dah muka berminyak ni , mulalah macam macam problemnya , jerawatlah , blackheads and whiteheadslah dan yang paling parah ialah parut.Hmm.

Biasanya muka berminyak ini ada banyak faktor seperti keturunan atau genetik , masalah hormone dan jga sebab stress. Bagi yang selalu pakai make up ,tak mustahil make up yang akak akak semua pakai itu boleh menjadi punca kepada jerawat .

Jadi , sekarang bagaimana ? Dah boleh kenal pasti jenis kulit anda ? Bila dah tahu jenis kulit , langkah seterusnya ialah pilih skincare berkualiti yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.
Janganlah muka berminyak pergi pakai yang normal skin punya skincare .Memang tak berkesan nanti , takut lain jadinya !

Atau anda nakkan consultation berkenaaan dengan wajah atau masalah kesihatan anda ?Saya lebih galakkan anda untuk detoks terlebih dahulu sebelum mengambil supplemen yang lain . Nak tahu lebih lanjut tentang detoks Shaklee atau apa apa sahaja berkenaan gaya hidup yang sihat dan juga tips kecantikan mengikut jenis kulit ?Cepat cepatlah hubungi saya ! Jangan dah nanti menyesal tak sudah ! Mulakan langkah anda sekarang !





SMS/WhatsApp/Call

+60107096284

Aini  Celik Genius