Masalah Makanan Segera Yang Orang Ramai Selalu Pandang Remeh Dan Temeh

00:37 0 Comments A+ a-

Assalammualaikum.

Adakah anda yakin bahawa makanan yang anda makan selama ini amat berkhasiat untuk diri anda ??
Anda tahu ataupun tidak tentang bahayanya makanan yang diproses terhadap tubuh badan kita ?Ambillah supplemen banyak mana pun , hebat mana pun , kalau tak jaga pemakanan , memang tak juga . Ya atau tidak ?


Makanan yang diproses mengandungi  bahan-bahan menakutkan yang sangat berbahaya kepada badan kita.Elakkan mengambil makanan yang diproses terutamanya apabila berada di luar rumah .


Bahayanya Makanan Yang Diproses

1. Ia mengandungi minyak yang tidak sihat

Banyak makanan yang diproses boleh mengandungi minyak separa hidrogenasi (hydrogentaded oil) yang juga merupakana bahan utama dalam makanan yang diproses.
Minyak yang dihasilkan menggunakan bahan kimia ini berisiko untuk menyebabkan masalah kencing manis dan juga masalah jantung.

2. Meningkatkan risiko menghidapi kanser

Selain daripada PHO, terdapat bahan-bahan lain dalam makanan yang diproses yang boleh meningkatkan risiko anda untuk kanser.Bahan bahan yang terdapat di dalam makanan yang diproses seperti Butylated Hydroxyanisole (BHA) dan diacetyl telah terbukti menyebabkan kanser pada masa kini.

3. Menyebabkan anda ketagih

Oleh kerana makanan yang diproses mengandungi nutrien pemakanan yang sangat sedikit dan sangat sarat dengan lemak, rasanya akan menjadi lebih lazat kerana disebabkan oleh perisa tambahan yang digunakan . Malah yang lebih buruk lagi , perisa ini akan menyebabkan anda ketagih untuk terus memakannya sehingga anda tidak sedar bahawa ia telah memakan kesihatan anda daripada dalam.

4.Menyebabkan berat badan menaik

Kembali pada tahun 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengeluarkan satu laporan yang menggesa orang ramai untuk mengehadkan pengambilan makanan yang diproses, kerana peratus kenaikan tahap obesiti yang melampau dan pnyakit kronik di seluruh dunia.Untuk makluman anda juga , makanan yang diproses ini akan menyebabkan anda menjadi lebih malas dan menyebabkan lemak lebih mudah untuk terkumpul di lengan , betis dan sebagainya.

5. Meningkatkan tekanan darah anda

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, lebih daripada 75% daripada rakyat Amerika yang menghidapi masalah tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh kadar natrium yang tinggi yang berpunca daripada makanan yang diproses yang diambil di restoran. Satu hidangan mengandungi 40%atau lebih natrium yang disyorkan untuk diambil.Makanan bertin, makanan ringan dan makanan beku yang disimpan di dalam bungkusan untuk sementara waktu mengandungi kadar natrium yang sangat tinggi .

Jadi , anda tahu kan kenapa anda ambil supplemen Shaklee atau apa apa jenis supplemen tetapi ia tidak memberi kesan kepada anda ? Ataupun puas anda bersenam tetapi berat badan tetap tak turun ? Mungkin ini lah yang menjadi punca terbesar bukan ? Ya , saya tahu memang sukar nak elakkan diri kita daripada makan makanan yang diproses sebab rata ratanya pun memang kebanyakan makanan di sekeliling kita semuanya diproses .Tapi tak salah bukan untuk anda mencuba ?Sayangi dan hargailah diri anda .Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang apa jua masalah , jangan segan segan hubungi saya ya :)